Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 3 December 2014

Apa Itu Jaundis?






Apa itu Demam Kuning (Jaundice)? Jaundice adalah  perkataan yang berasal dari Perancis ‘jaune yang bermaksud ‘kuning’. Warna kulit bayi akan kekuningan disebabkan kandungan billirubin yang tinggi. 

Billirubin adalah partikel yang terhasil daripada sel darah merah manusia yang telah terurai (kerana mati). 

Billirubin merupakan partikel tidak larut air dan ia akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi partikel larut air. 

Billirubin akan disingkirkan oleh badan melalui sistem perkumuhan. Sebahagian akan dibuang bersama najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuningan). 

Sebahagian lain nya pula akan disingkirkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing bewarna kuning pekat).  


Apakah Punca Demam Kuning Di Kalangan Bayi Baru Lahir?

Sebenarnya ada 2 sebab utama penyakit ini iaitu :

# Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan bahawa sel darah merah bayi adalah berbeza dari sel darah orang dewasa. Jangka hayatnya adalah pendek dan mudah terurai. BIlangannya pula lebih banyak dari biasa. Oleh itu, kadar billirubin akan meningkat pada hari ketiga akibat kadar penguraian billirubin yang tinggi.

# Hati bayi
Sesetengah bayi, hati mereka belum cukup matang dan ini menyukarkan proses penukaran billirubin tidak larut air kepada partikel yang larut air. Bayi pra matang mempunyai risiko demam kuning yang lebih tinggi iaitu 80% lebih cenderung berbanding bayi biasa. 

Apakah Punca Lain Yang Menyebabkan Jaundice?

 Selalunya bayi akan kelihatan kekuningan bermula pada hari ketiga disebabkan oleh pelbagai punca. Namun begitu, sekiranya demam kuning datang terlalu awal sebagai contoh pada hari pertama, bayi mungkin mengalami kecacatan semasa lahir iaitu pundi hempedu tersumbat (biliria atresia). Antara punca lain ialah: 

>Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis) 

>Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma

> Trauma di kepala kerana kelahiran secara vacuum atau forceps

> Masalah tidak serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)

> Hormon tiriod yang rendah (Hypothyrodism)

>Masalah dengan enzim dalah sel darah merah (G6PD)

> Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)

> Kuning disebabkan oleh susu ibu (Sekiranya setelah semua penyebab dia atas dikenalpasti negatif) 

Namun begitu, tahap kesihatan ibu semasa hamil juga mampu membri risiko kuning kepada bayi.Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah :
* Kencing manis 
*Jangkitan kuman semasa hamil Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.

 Adakah Demam Kuning Merbahaya?  Sangat bahaya! Kadar serum billirubin yang tinggi akan menyebabkan kernicterus. Ia adalah suatu keadaan di mana billirubin yang tidak larut akan menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi (pembedahan) menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi cacat kekal seperti lumpuh, pekak atau buta 

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

About