Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 3 December 2014

PETUA UNTUK IBU HAMIL BAGI MENGELAKKAN RISIKO BAYI JAUNDIS.

 PETUA UNTUK IBU HAMIL BAGI MENGELAKKAN RISIKO BAYI JAUNDIS.

# Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari iaitu pagi semasa sarapan dan malam sebelum tidur.
#Mengamalkan minuman jus delima (pati) sekurang-kurangnya 500ml sehari.
#Mengambil kurma sebagai sarapan setiap hari
#Mengamalkan madu 3-5 sudu sehari. Tiada masalah bagi mereka yang mengalami kencing manis semasa hamil malah madu salah satu terapi untuk kencing manis.
# Mengamalkan buah tin sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
# Menelan minyak zaitun apabila usia janin mencecah 5 bulan ke atas.
# Mengamalkan selawat dan berdoa. 

Untuk pengetahuan semua,mengamalkan MADU LEBAH adalah sangat baik kerana madu lebah adalah vaksin semulajadi yang sangat baik untuk tubuh badan kita. 

 Apakah Kaedah Secara Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Sekiranya Bayi Terkena Demam Kuning? 


  • Susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat demam kuning. Ibu yang menyusukan bayi digalakkan untuk mengamalkan madu 1-3 sudu sehari dan kurma. Hal ini bagi memastikan kualiti susu ibu dari kurma dan madu yang merupakan gabungan yang baik untuk mengurangkan demam kuning.  
  • Titiskan susu kambing segar kedalam mulut bayi yang terkena demam kuning. 
  •  Menjemur bayi semasa waktu dhuha (8.00 pagi – 9.30 pagi). Elakkan dari menjemur bayi lebih dari waktu itu kerana kulit bayi yang nipis dan kurang pelindungan mungkin tidak dapat menahan kepanasan cahaya matahari tersebut. 
  •  Beri bayi menghisap madu dari hujung jari ibu dan ayahnya.(Petua ini tidak tertakluk kepada penyakit demam kuning sahaja malah baik juga kepada bayi yang tiada sebarang masalah). 
  • Membuat urutan lembut di sebelah atas kening bayi dari bahagian ke luar hujung mata sambil berselawat atau bertasbih paling kurang 7 kali setiap pagi. Hal ini bagi mengelak kuning dari naik ke kepala dan menyebabkan sawan. 
 Diatas antara ikhtiar dan usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak terkena demam kuning. Selain itu, bagi mengelak jaundice, ibu hamil juga disarankan atau wajib mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan serta makanan segera seperti jajan. Banyakkan makanan semulajadi seperti buah dan sayur-sayuran. Nutrient yang mencukupi bagi ibu hamil mampu mengurangkan risiko bayi kuning. 

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

About